Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Segala puji bagi Allah , Tuhan mentadbir seluruh alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan telah dijanjikan oleh Allah S.W.T bahawa apabila tiba waktu yang ditentukan bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya walaupun sesaat dan tidak pula didahulukannya.

Kematian merupakan perjalanan permulaan hidup yang kekal abadi manusia untuk bertemu PenciptaNya. Tetapi kita sebagai manusia seringkali menganggap bahawa kematian itu merupakan satu musibah dalam kehidupan, dan emosi sering kali memukul kita dengan perasaan sedih, pilu, meratapi kehilangan akibat kematian.

Di sunatkan bagi kita untuk membaca “innalillahi wainna ilaihi rajiun” yang membawa maksud daripadanya kita datang dan kepadanya kita kembali.

“ MyAngkasaMukmin ditubuhkan bagi membantu sebagai pelengkap pengurusan jenazah dengan kepakaran serta memberi khidmat perundingan dan pengurusan jenazah agar perjalanan pengurusan dapat dilaksanakan secara profesional dan sistematik berlandaskan prinsip syariah dengan mengambil kepentingan dari sudut pencegahan kesihatan, Insha Allah.”