Assalamu’alaikum Warahmatullah..

Sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin dan sentiasa memperjuangkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat, saya secara peribadinya mengokong dan mengiktiraf perkhidmatan yang diperkenalkan ini. Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat dan menyumbang ke arah kebaikan untuk umat Islam. Saya berharap perkhidmatan yang ditawarkan ini boleh meringankan beban kewangan waris-waris si mati dan tak perlu lagi memikirkan tentang pengurusan harta pusaka kerana semuanya telah dipakejkan

 

SENATOR DATO’ DR ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI

Kerjasama ini membuka peluang kepada koperasi untuk meneroka peluang perniagaan

Di dalam produk “myangkasa mukmin”, melalui penyertaan koperasi dan ahli-ahli koperasi di dalam kolebaerasi ini sebagai agen pemasaran produk “myangkasa mukmin” iaitu sebagai agen pemasaran koprat (untuk koperasi) dan agen pemasaran individu ( untuk ahli koperasi).kerjasama strategik ini bakal memberi kebaikan Kepada koperasi khususnya dan ahli-ahli koperasi amnya.

 

YBHG. DATO’ HAJI ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Segala puji bagi Allah , Tuhan mentadbir seluruh alam, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan telah dijanjikan oleh Allah S.W.T bahawa apabila tiba waktu yang ditentukan bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya walaupun sesaat dan tidak pula didahulukannya.

Kematian merupakan perjalanan permulaan hidup yang kekal abadi manusia untuk bertemu PenciptaNya. Tetapi kita sebagai manusia seringkali menganggap bahawa kematian itu merupakan satu musibah dalam kehidupan, dan emosi sering kali memukul kita dengan perasaan sedih, pilu, meratapi kehilangan akibat kematian.

Di sunatkan bagi kita untuk membaca “innalillahi wainna ilaihi rajiun” yang membawa maksud daripadanya kita datang dan kepadanya kita kembali.

“ MyAngkasa Mukmin ditubuhkan bagi membantu sebagai pelengkap pengurusan jenazah dengan kepakaran serta memberi khidmat perundingan dan pengurusan jenazah agar perjalanan pengurusan dapat dilaksanakan secara profesional dan sistematik berlandaskan prinsip syariah dengan mengambil kepentingan dari sudut pencegahan kesihatan, Insha Allah.”

 

YBhg. Ustaz Mohd Yusni bin Hj Ismail