VISI

• Membantu dan memantapkan proses pengurusan jenazah sebagai satu tuntutan Fardhu Kifayah.
• Memilih / melantik pengendali jenazah yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam yang terlatih dan berdedikasi serta komited di setiap zon.
• Berkhidmat untuk masyarakat dan mencari keredhaan ALLAH S.W.T
• MyAngkasa Mukmin bercita-cita untuk menjadi sebuah syarikat yang bertaraf dunia yang menghasilkan dan membentuk pengurus jenazah yang berbakat, berpengalaman dan berpengetahuan luas.
• Membangunkan kepimpinan berwibawa dan menghasilkan pasukan pengurusan yang terlatih, kompeten, berdedikasi dan berpengalaman.
• Membangunkan sistem pengurusan jenazah berasaskan nilai dan etika Islam.

MISI

• Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pengurusan jenazah yang tepat dan seiring dengan syariat Islam dan mengikis unsur-unsur tahyul dan mistik.
• Mendidik serta membantu masyarakat supaya meneruskan tanggungjawab pengurusan jenazah di tempat tinggal masing-masing.
• Menyemai semangat persaudaraan dan bertanggungjawab kepada masyarakat.
• Menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah berlandaskan prinsip syariah Islam yang lebih sistematik.
• Memudahkan urusan waris-waris pencarum yang meninggal dunia dengan hanya membuat panggilan ke talian 1300 80 8848 (24jam).
• Membantu ahli mendapat perkhidmatan segera tanpa banyak kerenah birokrasi
• Memberi layanan dan perkhidmatan sewajarnya.
• Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar cara-cara mengendalikan jenazah kepada ahli dan waris-waris yang berhak.
• Menjaga kehormatan dan keaiban setiap jenazah yang diuruskan.
• Memastikan serta meningkatkan keberkesanan pengurusan jenazah di seluruh peringkat negeri amnya.
• Memberikan perkhidmatan terbaik sesuai dengan tuntutan syariah dan kaedah kesihatan